Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota.
1. Mengapa Perlu Mencatat Nota?
Kajian
pernah menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mengintati semula item yang dicatat
adalah enam kali lebih daripada item yang tidak dicatat. Mencatat nota
merupakan perkara yang penting dalam proses pembelajaran kerana ia dapat
membantu pelajar menyimpan maklumat yang dipelajari, dapat membuat rujukan
sekiranya lupa tentang pembelajaran topik tersebut dan dapat membuat ulangkaji
pelajaran dengan mudah dan berkesan. Secara umumnya, mencatat nota ialah
merekod isi penting atau makluamt yang diperoleh semasa kuliah, daripada buku
ataupun daripada sumber-sumber yang lain.
2. Peringkat Membuat Nota
i.
Mengambil
Nota
Terdapat
tiga aktiviti mencatat nota. Antaranya ialah semasa mengikuti kuliah, pelajar
dapat mencatat maklumat yang penting yang disampaikan oleh pensyarah. Selain
itu, ketika membaca buku, pelajar juga dapat merekodkan isi-isi penting yang
berkaitan dengan topik yang hendak dibincangkan. Semasa melakukan perbincangan
di dalam kelas, pelajar digalakkan mencatat perkara-perkara yang dibincangkan.
Oleh itu, mengambil nota dapat didefinisikan sebagai merekodkan isi-isi penting
yang diperoleh melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
ii.
Membuat
nota
Membuat
nota ialah proses menyusun, melengkapkan dan memperkemaskan nota yang ditulis
di kuliah. Dalam peringkat ini, pelajar akan cuba menghasilkan nota mengikut
kreativiti yang bersesuaian dengan konsep pembelajarannya. Nota ini seelok-eloknya ringkas dan padat.
Ketika inilah, pelajar dapat menyusun, membanding beza, membuat hubung kait,
meringkaskan dan merumus maklumat yang dicatat. Peringkat ini sangat penting
kerana ia dapat menguji kefahaman terhadap sesuatu topik pembelajaran dan juga
memudahkan proses penyimpanan maklumat dalam ingatan.
3. Cara-Cara Membuat Nota.
i. Annotation - nota yang ditulis dalam bentuk isis penting
ii. Outline notes- nota yang ditulis dalam bentuk isi- isi penting.
iii. Column Notes- nota yang ditulis dalam bentuk kolum
iv. Nota Rumusan - nota yang dalam bentuk rumusan.
v. Peta Minda - nota yang berbentuk grafik dalam notanya ringkas dan padat.
Video Penggunaan Peta Minda dalam Proses Pembelajaran.
Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir. Contoh peta minda:
Apa itu peta minda ?
- Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
- Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat
- Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan
i. peta minda jenis ikan tulang
ii. peta minda jenis cabang
iii. jenis kitaran
iv. jenis carta alir.
1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau
penerangan tentang tajuk
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang manarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik
9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli









No comments:
Post a Comment